Pages

Tuesday, July 7, 2026

Kari ayam dua orang makan (chicken curry for two serving)

Assalamualaikum dan haii..

Ini cara masak ikut suka hati saya . Paling simple dan serba kekurangan bahan-bahan dia.

*gambar dah edit guna Samsung AI photo assist. Gambar yang sebenar tak cantik sebab ambil kelam kabut.

Bahan:
  • 4 ketul chicken drumstick  4 chicken drumsticks 
  • 1 kulit kayu manis 1 cinnamon stick
  • 3 tangkai daun kari 3 sprigs of curry leaves
  • 1 biji bawang besar 1 large onion
  • 5 ulas bawang putih 5 cloves of garlic 
  • Satu inci halia 1-inch piece of ginger
  • 2/3 sudu makan cili boy 2/3 tablespoons of chili paste
  • 1 paket kecil serbuk kari Babas 1 small packet of  Babas curry powder
  • 1 kotak kecil santan Ayam Brand 1 small box of Ayam Brand coconut milk
  • 1/2 sudu makan pes asam jawa 1/2 tablespoon of tamarind paste

Cara-cara:

  1. Chopper atau blend bawang besar, bawang putih dan halia Chop the onion, garlic, and ginger using a blender or chopper until fine.
  2. Dalam kuali panas kan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar tadi bersama daun kari dan kulit kayu manis.Heat some oil in a pan, than sautΓ© the blended onion mixture together with curry leaves and cinnamon stick
  3. Masukkan cili boh bersama serbuk kari dan tumis hingga betul-betul masak Add the chili paste and curry powder, then saute until thoroughly cooked and the oil seperates.
  4. Masukkan santan, masak sekejap dan masukkan ayam Pour in the coconut milk, simmer briefly, and then add chicken,
  5. Masakkan selama 10 minit lagi dan sekali sekala dikacau. Selepas itu masukkan satu setengah cawan air Cook for another 10 minutes, stirring occasionally. After that, pour in one and half cups of water.
  6. Masukkan asam jawa Add the tamarind paste
  7. Perasakan dengan garam dan ajinomoto. Masak sehingga ayam masak dan santan sedikit pecah minyak Season with salt and Ajinomoto.Continue cooking until the chicken is done and the oil from the coconut milk begins to separate.
Doneeee. Kalau nak masukkan kentang, masukkan masa masukkan ayam. 

Wednesday, July 1, 2026

Keyboard baru

 Assalamualaikum.


   Setelah beberapa hari fikir je kan. Akhirnya terbeli juga keyboard baru. Saya beli keyboard MOFII ANNI. Keyboard ni dual mode keyboard. Boleh connect pakai bluetooth atau wireless. 

Keyboard dia jenis silent. Takde bunyi ketak-ketak tu. Tak boleh guna buat ASMR. Saya beli sebenarnya nak main game kat ipad. Lagipun kalau type pakai keyboard kat screen ipad tu tak feel. 

Tadaaaaaa






lawa sungguh keyboard saya..

Monday, June 22, 2026

sweet potato bakar pakai air fryer

After banyak kali try and error akhirnya jadi jugak. 

Pakai air fryer tau. Oven tak tau

Suhu 190° 30 minit.

Terbalikkan. Lps tu,

200° 30 minit lagi. Siappp



Saturday, February 21, 2026

macaroni goreng dua orang makan


Bahan-bahan

●macaroni (1 1/2 cawan)
●1 biji bawang merah besar
●2 daging burger
●2 batang sosej
●3 ulas bawang putih
●5 cili akar
●1 sudu sos tiram
●2 sudu sos cili
●1 sudu kicap manis
●1/2 sudu kicap pekat
●1 genggam tomato cherry dibelah 2
●garam dan ajinomoto

Cara-cara
1. Rebus macaroni dengan sedikit minyak. Dah masak angkat dan tos kan
2. Chopper/kisar/hiris bawang merah, bawang putih dan cili padi.
3. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tadi sampai garing.
4. Masukkan daging burger yang dah dihancurkan dan sosej yang dihiris.
5. Bila daging dan sosej dah masak masukkan tomato cherry.
6. Tumis sekejap dah masukkan sos cili, sos tiram, kicap pekat dan kicap manis.
7. Rasakan dengan garam dan ajinomoto
8. Last sekali masukkan macaroni yang dah direbus.



Sunday, December 28, 2025

ayam kicap pedas dua orang makan

Assalamualaikum.

Nak simpan sini. Nanti senang nak cari balik.

Bahan-bahan:
Ayam 4 ketul (gaul garam&kunyit)
Bawang besar 1 biji
Bawang putih 4 ulas
Tomato 1biji
Daun kari 2 tangkai
Cili akar ikut pedas (saya guna 7)
Sos tiram 
Kicap karamel masakan @ kicap pekat
Kicap manis
Sos cili
Garam, gula dan ajinomoto

Cara-cara
●panaskan minyak dan goreng ayam. Tak perlu garing
●chopper atau kisar both bawang dan cili api
●tumis bersama daun kari dan masukkan tomato potong dadu 
●tumis sampai masak 
●masukkan 2 sudu sos tiram, 2 sudu kicap pekat, kicap manis lebih sikit dan 1 sudu sos cili. 
●tambahkan air kalau kering
●masak sampai kering dan masukkan ayam.
●perasakan dan gaul sebati
●sedia untuk dihidang

Notess: lebihkan air jika nak berkuah dan masukkan sedikit asam jawa jika suka.

Wednesday, August 28, 2024

Cerita satu bulan

Assalamualaikum semua,,,


alkisahnya suami saya dapat kerja baru. Tapi kerja tu dah tak satu tempat maka jadi sekarang kitorang pjj dulu. Sejak kahwin tak pernah lagi berpisah lama biasa kalau sehari dua outstation itu benda biasa. 

sekarang hidup dah jadi tunggang terbalik. Kena belajar drive sendiri. Sekarang alhamdulilah dah boleh drive sendiri tapi parking je masih haru biru lagi. 

buat masa ni duduk rumah parents dulu. Makan sedap laa hari2. Tapi kadang-kadang rindu rumah. Duduk rumah sendiri baju bebas. 

takpelahh all the best buat suamiku. Kalau nak senang kita kena laa susah-susah dahulu. 

Kbye

Friday, December 22, 2023

Try to update my life😏😏😏😏

 Assalamualaikum…

    time nak tidur banyak betul suara-suara dalam kepala. Tetiba rasa terfikir nak jalan-jalan naik train la. Lepas tu terbayang kaki pakai kasut crocs, beli cincin pandora. Tetiba rasa nak balik rumah mak. Macam tu laa. Bila besok bangun pagi benda ni dah jadi benda lain.

    tapi paling teringin nak jadi orang macam dalam media social kan. Nampak berjaya dan anggun gitu. Nampak macam segak kemas je. Badan pun slim lepas tu confident tinggi. Mesti dia tidur cukup 😩. Bukan macam I la tengah malam tetiba nak masak kari ayam. Tapi tak mungkin nak bangun dari katil yang empuk ni semata-mata nak berpeluh kat dapur. 

        hari ni baru dapat ganti puasa sehari. Lagi lapan hari lagi. Awal- awal dulu kemain semangat nak ganti puasa awal hasilnya sama je macam tahun-tahun lepas. Papelah janji dapat ganti cukup. 


Byee

Wednesday, August 16, 2023

Kita tak tahu nanti kita macam mana….

 Assalamualaikum…


Sebab kita tahu dekat sini takde orang nak baca. Let’s dump my random thoughts here. Bila dah dewasa banyak nak kena fikir kan. Nak tidur kena fikir, nak beli barang kena fikir, dah beli barang pun kena fikir. Nak pergi healing pun kena fikir orang lain. Rasa macam kita stop kan diri kita untuk banyak benda sebab orang lain. My mum and dad betul-betul great parent. Betul-betul memahami anaknya ini.


Tak tahula atas sebab faktor usia atau lain. Selalu kecil hati dengan orang lain. Lagi- lagi kalau orang yang rasa diri dia betul dan hebat sangat. Lepas tu kau tak boleh nak lawan orang tu.. ohh shiittt. Tapi-tapi dia tak hebat mana pun. Dia je rasa dia hebat. Orang lain tak. Orang tengok dia biasa-biasa je. 


Dah laa. Tak boleh cerita panjang-panjang. Sekarang bukan aku je kuat sentap. Orang lain pun sama. Orang tak cakap pasal dia, tetiba terasa.. 


Chouuuuuuu lu



Wednesday, July 10, 2013

selamat puasa :)


syukur alhamdulilah. tahun ni masih dapat jumpa bulan ramadhan. masih dapat beribadat kepada allah. semoga mendapat keberkatan dan rahmat di bulan yang mulia ini. aminnnnn

Wednesday, January 9, 2013

nak cari keje baru

sekejap je dah masuk tahun 2013. pejam celik dah naik umur lagi setahun. so aku pun berazam nak cari keje baru. keje yang lagi sesuai dengan aku. lagipun akak yang keje dengan aku tu dah nak melahirkan anak. jadik baik aku lari sebelum aku jadik kurus.

tapi kalau boleh aku nak yang dekat dengan rumah je. bukan ape lagi senang aku nak hidup. nak berkasih sayang pun senang. duduk gemas boleh simpan duit banyak sikit. boleh laa berangan nk kawen. lagipun sekarang banyak betul orang nak kawen. banyak betul hadiah nak beli. fuhhh

Tuesday, October 2, 2012

as long as u love me



walaupun sayang macam mana pun kat lelaki aku taknak starving, homeless etc.. homaigod!! tp justin bieber aku nak.. cinta sepatutnya menyenangkan bukan menyusahkan.. sayang kalau macam manapun kita semua berhak hidup dengan cara kita sendiri, beli apa yang kita nak..

p/s: bnyk sangat dgr msalah rumah tangga

Sunday, September 2, 2012

kadang kadang kita tak perasan

lately, sejak kerja kat tempat aku kerja sekarang ni mulut jadik makin cabul.. sometime cakap pun ikut suka, main lepas je.. nak lepaskan kemarahan pun dah pandai.. nak nangis bila kena marah pun dengan sape2 pun boleh.. nepal-nepal dekat situ pun kadang2 kena dengar aku mengomel.. rasanya aku dulu bukan macam nih.. tengok movie sedih pun cover je bila nak nangis tak nak bagi orang nampak..

aku pun pelik kenapa boleh macam nih.. kalau marah pun boleh suka hati je maki terus.. takde rasa bersalah pun.. kalau buat salah pun boleh gelak-gelak macam tak pernah buat salah.. sebab ape yang aku belajar kalau buat baik sangat kat situ orang akan pijak kita balik.. tapi setakat nih tak pernah kena plak.. based on other people story.. aku buat judgement sendiri je.. dah setahun dekat situ mesti kita boleh tengok sendiri..

aku kerja kat store dept.. nasib baik laa semua kat situ jenis selamba badak je.. takde nak kacau orang lain.. penat2 pun masih bergurai dan ketawa lagi.. sebab tu sayang nak tinggalkan situ..


p/s: senang cakap aku cengeng.. cepat tersentap.. sila maafkan saya



Monday, August 27, 2012

adik pandai komplen..

sekarang pandai dah adik aku dok komplen pasal aku.. diorang kata semua benda nak kene ikut ckp aku. excuse me i second madame kat rumah ok.. jangan nak bangkang bangkang.. huh..

entahlah sejak masuk alam wanita ni banyak benda aku malas nak buat.. kalau boleh aku nak satu benda yang teratur.. aku tak suka dah plan mengejut nih.. sebab aku tau nanti aku jugak yang susah dan kalau boleh aku tak nak susahkan orang lain.. maybe sebab tu la mak ngan ayah ikut cakap aku.. sebab aku betul..  kenapa nak pilih jalan belit belit sedangkan ada satu jalan yang senang nak ikut..


Thursday, June 14, 2012

tok ketua

tanggungjawab ketua bukan senang.. sebab tu kalau kita dapat status ketua kita mesti buat sebaik mungkin sebab orang bagi kita tanggungjawab dan diorang percaya kat kita.. bukan jadik ketua sebab nak gaji banyak tapi tak boleh jalan amanah orang..

bila kita jadik ketua kita kena jadik tegas (sebab tu aku bukan ketua).. kena letak diri kita tinggi sikit dari orang bawah kita supaya diorang respect kat kita dan dengar cakap kita bukan kita dengar cakap diorang.. tanggungjawab ketua bukan senang sebab semua kesalahan ada kat bahu kita bukan bila ada masalah tunjuk orang lain..

jangan bila ada masalah cakap mulut aku jahat laa kann sedangkan aku tak amik tau pun department anda.. semua orang lagi tua dari saya kat situ then nak buat apa aku cari gaduh.. saya hormat pada yang tua.. tak pernah pun bawak cerita ko tu sana sini.. sory mak jemah dah bertaubat..

*bila ada orang bela kita rasa macam nak nangis plak kann.. sob sob

Tuesday, June 12, 2012

aku ade blog

aku ade blog.. tapi tak tau nak buat apa dengan blog nih.. nak update sangat laa malas.. nak padam sangatlaa sayang.. btw saya baru baik demam :) tapi tak tau laa nape asyik demam jer sejak dua tiga bulan nih.. maybe kena tukar pola pemakanan.. my body need more nutrition

lepas tu kat tempat kerja sekarang musim orang pregnant.. dah berapa future mummy dapat dikesan.. seronok2.. nanti boleh dapat banyak ADIK ANGKAT.. sweet kan ade adik untuk diangkat.. alololoo comelnyaa this baby!! (praktis untuk jadik kakak yang baik)

sekarang kerja pun tak banyak.. maybe penghantaran semakin berkurangan.. jadik kebanyakan masa dihabiskan membelek website zalora sampai meleleh air liur.. hidup juga semakin terurus.. i'm on my comfort zone.. move on laa farah..

sekian terima kasih

Tuesday, June 5, 2012

ape nak buat

semakin umur meningkat, aku sedar aku kena buat pembaharuan banyak dalam hidup aku.. aku kena buat future plan for myself.. bukan setakat untuk cari krja yng lebih bagus, tetapi juga utk mencari calon suami..

Wednesday, May 30, 2012

kadang-kadang rimas

yo whatsuppp!!! mood: rimas dengan org..
*kadang2 kita seronok buat kerja kita tp tak peduli org lain
*kadang-kadang bila org cakap taknak they really mean it
*selalunya saya susah nak cakap tak boleh, walaupun memang saya tak nak buat
*semakin umur bertambah semakin susah nak hidup
*semua orang dah nak kawen 

Saturday, May 26, 2012

hening


just because the night too sunyi

Monday, April 23, 2012

main teka2

ada 4 orang pegi makan dekat kedai makan.. lepas tu tiga orang berebut nak bayar.. so diorang keluarkan laa sorang sepuluh ringgit.. harga makanan diorang ialah RM25.. lepas bayar ada baki RM5.. lepas tu diorang nak bagi balik laa baki duit tu.. so sorang amek seringgit.. ade baki lg RM2.. kira sorang bayar RM9 laa kan.. RM9x3=RM30.. mana pegi lagi seringgit??

satu kedai runcit buat promosi siapa kumpul plastik gula-gula tiga keping dapat free satu biji gula-gula.. gula-gula tersebut berharga RM5 untuk 10 biji gula-gula.. seorang budak ade RM10.. berapa banyak gula-gula yang dia dapat??

p/s mesti ramai pernah dengar kan?? saje je tulis sebab tadi aku tak buat kerja sebab main benda nih.. last2 jwpn tak keluar.. gelak je lebih..

Tuesday, March 20, 2012

si cantik

rupanya selama kitorang satu family pegi bercuti ade orang lain tunggu kat rumah.. hampeh betul.. memang laa.. penat ayah main kejar dengan dia.. sekor tikus boleh buat huru hara satu rumah.. dah laa gigit bekas beras mak aku.. nasb baik tak bocor bekas tuh.. ishh takut.. sekarang tidur kena tutup pintu.. takut cantik masuk bilik.. betul ke orang kate kita tak boleh kutuk si cantik nih?? nanti dia kacau rumah kita lagi dasyat...