Pages

Tuesday, July 7, 2026

Kari ayam dua orang makan (chicken curry for two serving)

Assalamualaikum dan haii..

Ini cara masak ikut suka hati saya . Paling simple dan serba kekurangan bahan-bahan dia.

*gambar dah edit guna Samsung AI photo assist. Gambar yang sebenar tak cantik sebab ambil kelam kabut.

Bahan:
  • 4 ketul chicken drumstick  4 chicken drumsticks 
  • 1 kulit kayu manis 1 cinnamon stick
  • 3 tangkai daun kari 3 sprigs of curry leaves
  • 1 biji bawang besar 1 large onion
  • 5 ulas bawang putih 5 cloves of garlic 
  • Satu inci halia 1-inch piece of ginger
  • 2/3 sudu makan cili boy 2/3 tablespoons of chili paste
  • 1 paket kecil serbuk kari Babas 1 small packet of  Babas curry powder
  • 1 kotak kecil santan Ayam Brand 1 small box of Ayam Brand coconut milk
  • 1/2 sudu makan pes asam jawa 1/2 tablespoon of tamarind paste

Cara-cara:

  1. Chopper atau blend bawang besar, bawang putih dan halia Chop the onion, garlic, and ginger using a blender or chopper until fine.
  2. Dalam kuali panas kan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar tadi bersama daun kari dan kulit kayu manis.Heat some oil in a pan, than sauté the blended onion mixture together with curry leaves and cinnamon stick
  3. Masukkan cili boh bersama serbuk kari dan tumis hingga betul-betul masak Add the chili paste and curry powder, then saute until thoroughly cooked and the oil seperates.
  4. Masukkan santan, masak sekejap dan masukkan ayam Pour in the coconut milk, simmer briefly, and then add chicken,
  5. Masakkan selama 10 minit lagi dan sekali sekala dikacau. Selepas itu masukkan satu setengah cawan air Cook for another 10 minutes, stirring occasionally. After that, pour in one and half cups of water.
  6. Masukkan asam jawa Add the tamarind paste
  7. Perasakan dengan garam dan ajinomoto. Masak sehingga ayam masak dan santan sedikit pecah minyak Season with salt and Ajinomoto.Continue cooking until the chicken is done and the oil from the coconut milk begins to separate.
Doneeee. Kalau nak masukkan kentang, masukkan masa masukkan ayam. 

Wednesday, July 1, 2026

Keyboard baru

 Assalamualaikum.


   Setelah beberapa hari fikir je kan. Akhirnya terbeli juga keyboard baru. Saya beli keyboard MOFII ANNI. Keyboard ni dual mode keyboard. Boleh connect pakai bluetooth atau wireless. 

Keyboard dia jenis silent. Takde bunyi ketak-ketak tu. Tak boleh guna buat ASMR. Saya beli sebenarnya nak main game kat ipad. Lagipun kalau type pakai keyboard kat screen ipad tu tak feel. 

Tadaaaaaa






lawa sungguh keyboard saya..

Monday, June 22, 2026

sweet potato bakar pakai air fryer

After banyak kali try and error akhirnya jadi jugak. 

Pakai air fryer tau. Oven tak tau

Suhu 190° 30 minit.

Terbalikkan. Lps tu,

200° 30 minit lagi. Siappp



Saturday, February 21, 2026

macaroni goreng dua orang makan


Bahan-bahan

●macaroni (1 1/2 cawan)
●1 biji bawang merah besar
●2 daging burger
●2 batang sosej
●3 ulas bawang putih
●5 cili akar
●1 sudu sos tiram
●2 sudu sos cili
●1 sudu kicap manis
●1/2 sudu kicap pekat
●1 genggam tomato cherry dibelah 2
●garam dan ajinomoto

Cara-cara
1. Rebus macaroni dengan sedikit minyak. Dah masak angkat dan tos kan
2. Chopper/kisar/hiris bawang merah, bawang putih dan cili padi.
3. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tadi sampai garing.
4. Masukkan daging burger yang dah dihancurkan dan sosej yang dihiris.
5. Bila daging dan sosej dah masak masukkan tomato cherry.
6. Tumis sekejap dah masukkan sos cili, sos tiram, kicap pekat dan kicap manis.
7. Rasakan dengan garam dan ajinomoto
8. Last sekali masukkan macaroni yang dah direbus.