Pages

Tuesday, July 7, 2026

Kari ayam dua orang makan (chicken curry for two serving)

Assalamualaikum dan haii..

Ini cara masak ikut suka hati saya . Paling simple dan serba kekurangan bahan-bahan dia.

*gambar dah edit guna Samsung AI photo assist. Gambar yang sebenar tak cantik sebab ambil kelam kabut.

Bahan:
  • 4 ketul chicken drumstick  4 chicken drumsticks 
  • 1 kulit kayu manis 1 cinnamon stick
  • 3 tangkai daun kari 3 sprigs of curry leaves
  • 1 biji bawang besar 1 large onion
  • 5 ulas bawang putih 5 cloves of garlic 
  • Satu inci halia 1-inch piece of ginger
  • 2/3 sudu makan cili boy 2/3 tablespoons of chili paste
  • 1 paket kecil serbuk kari Babas 1 small packet of  Babas curry powder
  • 1 kotak kecil santan Ayam Brand 1 small box of Ayam Brand coconut milk
  • 1/2 sudu makan pes asam jawa 1/2 tablespoon of tamarind paste

Cara-cara:

  1. Chopper atau blend bawang besar, bawang putih dan halia Chop the onion, garlic, and ginger using a blender or chopper until fine.
  2. Dalam kuali panas kan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar tadi bersama daun kari dan kulit kayu manis.Heat some oil in a pan, than sautΓ© the blended onion mixture together with curry leaves and cinnamon stick
  3. Masukkan cili boh bersama serbuk kari dan tumis hingga betul-betul masak Add the chili paste and curry powder, then saute until thoroughly cooked and the oil seperates.
  4. Masukkan santan, masak sekejap dan masukkan ayam Pour in the coconut milk, simmer briefly, and then add chicken,
  5. Masakkan selama 10 minit lagi dan sekali sekala dikacau. Selepas itu masukkan satu setengah cawan air Cook for another 10 minutes, stirring occasionally. After that, pour in one and half cups of water.
  6. Masukkan asam jawa Add the tamarind paste
  7. Perasakan dengan garam dan ajinomoto. Masak sehingga ayam masak dan santan sedikit pecah minyak Season with salt and Ajinomoto.Continue cooking until the chicken is done and the oil from the coconut milk begins to separate.
Doneeee. Kalau nak masukkan kentang, masukkan masa masukkan ayam. 

Wednesday, July 1, 2026

Keyboard baru

 Assalamualaikum.


   Setelah beberapa hari fikir je kan. Akhirnya terbeli juga keyboard baru. Saya beli keyboard MOFII ANNI. Keyboard ni dual mode keyboard. Boleh connect pakai bluetooth atau wireless. 

Keyboard dia jenis silent. Takde bunyi ketak-ketak tu. Tak boleh guna buat ASMR. Saya beli sebenarnya nak main game kat ipad. Lagipun kalau type pakai keyboard kat screen ipad tu tak feel. 

Tadaaaaaa






lawa sungguh keyboard saya..

Monday, June 22, 2026

sweet potato bakar pakai air fryer

After banyak kali try and error akhirnya jadi jugak. 

Pakai air fryer tau. Oven tak tau

Suhu 190° 30 minit.

Terbalikkan. Lps tu,

200° 30 minit lagi. Siappp



Saturday, February 21, 2026

macaroni goreng dua orang makan


Bahan-bahan

●macaroni (1 1/2 cawan)
●1 biji bawang merah besar
●2 daging burger
●2 batang sosej
●3 ulas bawang putih
●5 cili akar
●1 sudu sos tiram
●2 sudu sos cili
●1 sudu kicap manis
●1/2 sudu kicap pekat
●1 genggam tomato cherry dibelah 2
●garam dan ajinomoto

Cara-cara
1. Rebus macaroni dengan sedikit minyak. Dah masak angkat dan tos kan
2. Chopper/kisar/hiris bawang merah, bawang putih dan cili padi.
3. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tadi sampai garing.
4. Masukkan daging burger yang dah dihancurkan dan sosej yang dihiris.
5. Bila daging dan sosej dah masak masukkan tomato cherry.
6. Tumis sekejap dah masukkan sos cili, sos tiram, kicap pekat dan kicap manis.
7. Rasakan dengan garam dan ajinomoto
8. Last sekali masukkan macaroni yang dah direbus.



Sunday, December 28, 2025

ayam kicap pedas dua orang makan

Assalamualaikum.

Nak simpan sini. Nanti senang nak cari balik.

Bahan-bahan:
Ayam 4 ketul (gaul garam&kunyit)
Bawang besar 1 biji
Bawang putih 4 ulas
Tomato 1biji
Daun kari 2 tangkai
Cili akar ikut pedas (saya guna 7)
Sos tiram 
Kicap karamel masakan @ kicap pekat
Kicap manis
Sos cili
Garam, gula dan ajinomoto

Cara-cara
●panaskan minyak dan goreng ayam. Tak perlu garing
●chopper atau kisar both bawang dan cili api
●tumis bersama daun kari dan masukkan tomato potong dadu 
●tumis sampai masak 
●masukkan 2 sudu sos tiram, 2 sudu kicap pekat, kicap manis lebih sikit dan 1 sudu sos cili. 
●tambahkan air kalau kering
●masak sampai kering dan masukkan ayam.
●perasakan dan gaul sebati
●sedia untuk dihidang

Notess: lebihkan air jika nak berkuah dan masukkan sedikit asam jawa jika suka.

Wednesday, August 28, 2024

Cerita satu bulan

Assalamualaikum semua,,,


alkisahnya suami saya dapat kerja baru. Tapi kerja tu dah tak satu tempat maka jadi sekarang kitorang pjj dulu. Sejak kahwin tak pernah lagi berpisah lama biasa kalau sehari dua outstation itu benda biasa. 

sekarang hidup dah jadi tunggang terbalik. Kena belajar drive sendiri. Sekarang alhamdulilah dah boleh drive sendiri tapi parking je masih haru biru lagi. 

buat masa ni duduk rumah parents dulu. Makan sedap laa hari2. Tapi kadang-kadang rindu rumah. Duduk rumah sendiri baju bebas. 

takpelahh all the best buat suamiku. Kalau nak senang kita kena laa susah-susah dahulu. 

Kbye

Friday, December 22, 2023

Try to update my life😏😏😏😏

 Assalamualaikum…

    time nak tidur banyak betul suara-suara dalam kepala. Tetiba rasa terfikir nak jalan-jalan naik train la. Lepas tu terbayang kaki pakai kasut crocs, beli cincin pandora. Tetiba rasa nak balik rumah mak. Macam tu laa. Bila besok bangun pagi benda ni dah jadi benda lain.

    tapi paling teringin nak jadi orang macam dalam media social kan. Nampak berjaya dan anggun gitu. Nampak macam segak kemas je. Badan pun slim lepas tu confident tinggi. Mesti dia tidur cukup 😩. Bukan macam I la tengah malam tetiba nak masak kari ayam. Tapi tak mungkin nak bangun dari katil yang empuk ni semata-mata nak berpeluh kat dapur. 

        hari ni baru dapat ganti puasa sehari. Lagi lapan hari lagi. Awal- awal dulu kemain semangat nak ganti puasa awal hasilnya sama je macam tahun-tahun lepas. Papelah janji dapat ganti cukup. 


Byee