Pages

Showing posts with label andai dapat diputarkan waktu. Show all posts
Showing posts with label andai dapat diputarkan waktu. Show all posts

Wednesday, June 29, 2011

life is short but sweet..

received a text message from my roommate masa kat matrix dulu.. dia cakap dia nak bertunang.. tahniah tahniah.. happy gila bila dapat tau kawan sebelah katil aku yang cun melecun tu dah nak bertunang.. im happy for u my dear.. tapi tak tau lagi pegi ke tak.. kalau ada rezeki sampailah saya ke perak.. huhu

kan aku dah cakap matrix sweet..


 

Thursday, May 19, 2011

family dinner

saya suka family dinner.. time tu la kita nak update semua benda kat family.. nak kutuk adik beradik sesama sendiri.. walaupun sometime makanan tu biasa biasa je tapi kalau kita makan berebut rebut mesti seronok.. kat rumah aku memang wajib ada makan sama sama ni kalau ayah tak kerja petang or ada yang kebulur tak dapat tahan lapar sampai waktu dinner.. dulu aku tak suka sangat sebab banyak sangat nak kena kemas nanti.. tapi yang paling aku suka kalau venue dia kat restoren.. tapi tu sebulan brape kali je takpun kalo ade special day..

boleh gosip gosip gitu


antara kebaikan family dinner nih:
  • anak beranak akan lebih berhubung antara satu sama lain.. kira takde kes pendam pendam perasaan laa.. kalau family aku semua orang tak boleh simpan rahsia among us.. mesti nak cerita jugak..
  • semua orang akan makan makanan sihat.. sebab masak kat rumah kan.. tapi kalau makan kat kfc pun kira sihat laa jugakk kan?? iklan kfc yang cakap..
  • ada orang kata kalau kita selalu makan dengan anak anak kita nanti result exam anak kita jadik bagus.. maybe diorang baca buku di mea makan (anak2 kita?? since when??)
  • ketegangan dekat rumah pun akan berkurangan
  • family kita takkan terpengaruh dengan benda benda tak elok..






p/s: bila kita nak makan pizza lagi????

Wednesday, May 4, 2011

Usia Baru!!


Salam everybody,
Tengok gambar si pucat tengah tak sabar nak melantak kek tuh sebagai pembuka selera.. FYI, hari ahad, bersamaan dengan satu may ialah hari lahir kita.. malangnya jatuh sakit di hari jadi sendiri.. nasib baik takde lilin.. nak tiup lilin pun tak larat.. thanks kat semua yang wish dan tak lupa yang sama sama meraikannya.. so sweet laa you all.. thumbs up!!

semoga di hari lahir yang ke 22 (usia bukan lg rahsia) ini aku akan berubah menjadi insan yang lebih baik.. semoga dapat grad pada waktunya.. semoga ada kerajinan nak belajar masak dengan lebih gigih lagi.. semoga wishlist semua tercapai.. SEMOGA DAPAT JODOH.. aminn.. semoga tercapai segala semoga semoga tersebut..


penutup bicara.. kek yang sedap tapi tak boleh makan banyak banyak.. gosh.. nak sambut birthday hari hari boleh????

p/s: i love u all lahh.. tetiba rindu semua orang

Sunday, April 24, 2011

mood: hypertensen

haiii semuaa,

laptop rosak!! bila laptop rosak, rasa macam dah tak up to date.. banyak betul tertinggal.. dulu tak payah kongsi-kongsi, nak main sampai terbakar pun boleh(dah terbakar dah pun).. yang buat tambah sakit hati lagi, dia terbakar time sangat sangat diperlukan.. over laa ko laptop.. kan dah sekarang jadik perhiasan kat rumah aku..

yang leceh bila pakai laptop orang lain nih, sumer nak kena log in.. dulu kat laptop sendiri tak payah pun.. smpai sekarang nak log in youtube tak ingat password.. tambah tambah stress.. love u laa laptop..

Monday, November 15, 2010

teringat lagi..



tadi aku selongkar youtube,, sangat2 xde keje org kate.. tetiba aku terjumpa lagu ni.. aku klik butang play 2.. bile lagu nih dimainkan aku teringat zaman kegemilangan aku di KOLEJ MATRIKULASI PERLIS..   aku adelah generasi kelapan kolej tersebut.. mesti korang tertanya-tanya kan ape kaitan lagu ni dengan kolej tersebut.. biar aku terangakan.. lagu ni adalah lagu yang dimainkan sebagai intro cerita SPA Q.. memori aku dtg berlambak-lambak bile dengar lagu nih.. antara yang paling aku pasti ble pkul 6.30 petang ramai anak2 gadis dan pakcik2 teruna akan berlari ke kafe2 yang berhampiran untuk menonton cerita ini.. sebab? x tau walapun aku turut serta memeriahkan majlis.

serius aku rindu kolej tersebut.. sebab nak menuntut ilmu kat situ laa aku belajar berdikari.. selama ni aku x penah duk jauh dari family.. paling jauh pun aku berpisah ngan mak dan ayah aku ble diorang bekerja dan aku bersekolah.. ishh.. aku bangga sebab aku x cengeng (walaupun sebulan aku homesick yang teramat) dan aku berjaya menghabiskan setahun disitu.. banyak yang aku belajar.. bukan ilmu akademik dan ilmiah je tapi ilmu utk zahir dan batin sekali.. aku rindu sumer orang yand ade kat situ time aku blaja kat situ termasuklah mak cik cleaner yang selalu sapa aku.. aku rindu sket gak kat mak cik guard yang selalu marah kitorang sebab bising.. so what??

aku terbayang aku tengah heret beg setiap kali blk dari cuti.. so sweet.. aku rindu sumer classmate dan roomate dan blockmate dan kolejmate aku.. sumer skali laa.. pekerja2 koperasi, bakeri, fotostat, mak cik and pak cik cafe dan abg jambu yang bekerja sebagai kerani di situ.. huhu.. ya allah.. banyak nya memori kat situ walaupun setahun je duduk situ.. gedik gak aku ni rupanya.. 

kat sini gak laa teknologi diperkenalkan.. bukan sahaja ketika subjek dinamika kemahiran tetapi jugak ketika itu sumenya baru mmpu utk memiliki talipon yang boleh mengeluarkan lagu,, syahdu x?? kat situ laa aku menjadi lebih mahir menggunakan teknologi si gigi biru.. huhu.. sungguh cik matrik,, saya rindu awak

p/s: al-fatihah utk yang telah pergi..