Pages

Wednesday, August 28, 2024

Cerita satu bulan

Assalamualaikum semua,,,


alkisahnya suami saya dapat kerja baru. Tapi kerja tu dah tak satu tempat maka jadi sekarang kitorang pjj dulu. Sejak kahwin tak pernah lagi berpisah lama biasa kalau sehari dua outstation itu benda biasa. 

sekarang hidup dah jadi tunggang terbalik. Kena belajar drive sendiri. Sekarang alhamdulilah dah boleh drive sendiri tapi parking je masih haru biru lagi. 

buat masa ni duduk rumah parents dulu. Makan sedap laa hari2. Tapi kadang-kadang rindu rumah. Duduk rumah sendiri baju bebas. 

takpelahh all the best buat suamiku. Kalau nak senang kita kena laa susah-susah dahulu. 

Kbye

Friday, December 22, 2023

Try to update my life😏😏😏😏

 Assalamualaikum…

    time nak tidur banyak betul suara-suara dalam kepala. Tetiba rasa terfikir nak jalan-jalan naik train la. Lepas tu terbayang kaki pakai kasut crocs, beli cincin pandora. Tetiba rasa nak balik rumah mak. Macam tu laa. Bila besok bangun pagi benda ni dah jadi benda lain.

    tapi paling teringin nak jadi orang macam dalam media social kan. Nampak berjaya dan anggun gitu. Nampak macam segak kemas je. Badan pun slim lepas tu confident tinggi. Mesti dia tidur cukup 😩. Bukan macam I la tengah malam tetiba nak masak kari ayam. Tapi tak mungkin nak bangun dari katil yang empuk ni semata-mata nak berpeluh kat dapur. 

        hari ni baru dapat ganti puasa sehari. Lagi lapan hari lagi. Awal- awal dulu kemain semangat nak ganti puasa awal hasilnya sama je macam tahun-tahun lepas. Papelah janji dapat ganti cukup. 


Byee

Wednesday, August 16, 2023

Kita tak tahu nanti kita macam mana….

 Assalamualaikum…


Sebab kita tahu dekat sini takde orang nak baca. Let’s dump my random thoughts here. Bila dah dewasa banyak nak kena fikir kan. Nak tidur kena fikir, nak beli barang kena fikir, dah beli barang pun kena fikir. Nak pergi healing pun kena fikir orang lain. Rasa macam kita stop kan diri kita untuk banyak benda sebab orang lain. My mum and dad betul-betul great parent. Betul-betul memahami anaknya ini.


Tak tahula atas sebab faktor usia atau lain. Selalu kecil hati dengan orang lain. Lagi- lagi kalau orang yang rasa diri dia betul dan hebat sangat. Lepas tu kau tak boleh nak lawan orang tu.. ohh shiittt. Tapi-tapi dia tak hebat mana pun. Dia je rasa dia hebat. Orang lain tak. Orang tengok dia biasa-biasa je. 


Dah laa. Tak boleh cerita panjang-panjang. Sekarang bukan aku je kuat sentap. Orang lain pun sama. Orang tak cakap pasal dia, tetiba terasa.. 


Chouuuuuuu lu



Wednesday, July 10, 2013

selamat puasa :)


syukur alhamdulilah. tahun ni masih dapat jumpa bulan ramadhan. masih dapat beribadat kepada allah. semoga mendapat keberkatan dan rahmat di bulan yang mulia ini. aminnnnn

Wednesday, January 9, 2013

nak cari keje baru

sekejap je dah masuk tahun 2013. pejam celik dah naik umur lagi setahun. so aku pun berazam nak cari keje baru. keje yang lagi sesuai dengan aku. lagipun akak yang keje dengan aku tu dah nak melahirkan anak. jadik baik aku lari sebelum aku jadik kurus.

tapi kalau boleh aku nak yang dekat dengan rumah je. bukan ape lagi senang aku nak hidup. nak berkasih sayang pun senang. duduk gemas boleh simpan duit banyak sikit. boleh laa berangan nk kawen. lagipun sekarang banyak betul orang nak kawen. banyak betul hadiah nak beli. fuhhh

Tuesday, October 2, 2012

as long as u love me



walaupun sayang macam mana pun kat lelaki aku taknak starving, homeless etc.. homaigod!! tp justin bieber aku nak.. cinta sepatutnya menyenangkan bukan menyusahkan.. sayang kalau macam manapun kita semua berhak hidup dengan cara kita sendiri, beli apa yang kita nak..

p/s: bnyk sangat dgr msalah rumah tangga

Sunday, September 2, 2012

kadang kadang kita tak perasan

lately, sejak kerja kat tempat aku kerja sekarang ni mulut jadik makin cabul.. sometime cakap pun ikut suka, main lepas je.. nak lepaskan kemarahan pun dah pandai.. nak nangis bila kena marah pun dengan sape2 pun boleh.. nepal-nepal dekat situ pun kadang2 kena dengar aku mengomel.. rasanya aku dulu bukan macam nih.. tengok movie sedih pun cover je bila nak nangis tak nak bagi orang nampak..

aku pun pelik kenapa boleh macam nih.. kalau marah pun boleh suka hati je maki terus.. takde rasa bersalah pun.. kalau buat salah pun boleh gelak-gelak macam tak pernah buat salah.. sebab ape yang aku belajar kalau buat baik sangat kat situ orang akan pijak kita balik.. tapi setakat nih tak pernah kena plak.. based on other people story.. aku buat judgement sendiri je.. dah setahun dekat situ mesti kita boleh tengok sendiri..

aku kerja kat store dept.. nasib baik laa semua kat situ jenis selamba badak je.. takde nak kacau orang lain.. penat2 pun masih bergurai dan ketawa lagi.. sebab tu sayang nak tinggalkan situ..


p/s: senang cakap aku cengeng.. cepat tersentap.. sila maafkan saya